Want your
own Fotopage?








 
Mama Alissya

By: Nur Mariah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 4-Aug-2009 04:54 Email | Share | Bookmark
Mini Pai Ayam

 
 
 
 
 
 
Salam......
Terima kasih pada yg sudi mengujung fp ku ini.......ok x ada apa coretan untuk distorykan so mari kita tgk menu yg ku masak untuk minggu lepas......



Ini menu hari selasa minggu lepas
Mini Pai Ayam
Untuk kulit
Bahan-bahan:-
400 gram mentega
800 gram tepung
4 sudu mkn gula kastor
2 biji kuning telur
100 gram susu cair
2 sudu mkn cuka/jus limau nipis

Cara-cara:-
1.Satukan susu cair dan cuka/limau nipis untuk dijadikan tairu
2.Satukan tepung,mentega dan gula hingga menjadi seperti serbuk roti
3.Kemudian masukkan telur kedalam tepung dan uli rata
4.Kemudian masukkan tairu dan uli hingga menjadi doh
5.Rehatkan doh selama 30minit ke 1 jam dlm peti ais sebelum dicanai

Untuk Inti
Bahan-bahan:-
400 gram isi ayam(didadu)
1 btg lobak merah (didadu)
1 tin cendawan butang (dihiris nipis)
3 biji ubi kentang (didadu)
2 biji bawang besar (didadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
4 sudu mkn lada sulah
1 sudu mkn gula
secubit garam
4 sudu minyak masak

Cara-cara:-
1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau
2.Kemudian masukkan isi ayam dan biarkan separuh masak
3.Kemudian masukkan ubi kentang.lobak merah,cendawan dan bawang besar gaul rata
4.Kemudian masukkan lada sulah,garam,gula dan sedikit air biarkan sehingga masak

Untuk membuat pai:-
2 biji putih telur
1 sudu majerin

Cara-cara:-
1.Keluarkan doh dr peti ais dan canai setebal 3mm
2.Kemudian terap mengikut saiz acuan dan buatkan lubang kecil dibawangnya seperti gambar dibawah




3.Kemudian masukkan inti dan tutup diatasnya dan sapukan telur diatasnya seperti gambar dibawah



4.Panaskan ketuhar 180 dan bakar selama 25 ke 30 minit






Ini lak menu makan malam untuk hari rabu minggu lepas

Masak Asam Ikan
Bahan-bahan:-
5 ketul ikan aya kukus
2 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
6 sudu mkn lada giling
2 sudu mkn asam jawa
1 mangkuk air
2 sudu mkn gula
1 sudu teh garam
secubit ajinomoto

Cara-cara:-
1.Kisar bahan yang bertanda * hingga lumat
2.Panaskan minyak dan tumis lada dan bawang yg dikisar hingga garing
3.Kemudian setelah agak garing masukkan air asam jawa,garam.gula dan ajinomoto
4.bila kuah hampir pekat masukkann ikan dan biarkan


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net